Sejarah Republik Congo

Rencana utama: Sejarah Republik Congo

Orang-orang Bantu yang mengasaskan puak semasa pengembangan Bantu menyingkirkan dan menyerap penduduk lebih awal kawasan tersebut, orang-orang Pygmy sekitar 1500 SM. Puak Bakongo, dari etnik Bantu yang turut menduduki kawasan yang kini Angola, Gabon dan Republik Demokratik Congo, membentuk asas bagi kaitan etnik dan persaingan dalam kalangan negara-negara tersebut. Beberapa kerajaan Bantu, terutamanya Empayar Kongo, Kerajaan Loango, dan Kerajaan Anziku/Teke membina hubungan perdagangan yang membawa sehingga lembangan Sungai Kongo.[4]

Zaman penjajahan

Istana N'Gangue M'voumbe Niambi, dari buku Gambaran Afrika ("Description of Africa") (1668)

Penjelajah Portugis, Diogo Cão sampai ke muara Congo pada tahun 1484.[5] Hubungan perdagangan antara Kerajaan Bantu di daratan dan pedangang Eropah berkembang dengan cepat, dan berdagang pelbagai barangan, barangan buatan, dan hamba yang ditawan dari kawasan jauh. Selama beberapa abad, delta sungai Kongo bertindak sebagai pusat perdagangan bagi perdagangan rentas Atlantik. Bagaimanapun, penjajahan Eropah di kawasan tersebut pada akhir kurun ke-19 mengurangkan kuasa masyarakat Bantu di kawasan tersebut.[6]